Thursday, July 1, 2010


Sesungguhnya solat yang berkualiti akan dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Tapi pada hari ini hanya lebih kurang 15% sahaja daripada remaja kita yang solatnya cukup lima waktu. Betapa ramai pula yang solat tapi solat mereka tidak dapat mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Berikut adalah cara - cara hendak jadikan solat kita solat yang berkualiti:

* Menghadirkan hati ketika solat. Yakni cuba sedaya upaya untuk khusyuk dan melupakan seketika urusan dunia.

* Memahami segala makna bacaan dalam solat.

* Mengagongkan Allah swt semasa solat dan merasakan diri kita hina di hadapan Allah.

* Merasakan bahawa tiada yang lebih hebat drp Allah swt.* Mengharapkan hanya kepada Allah swt.

* Merasa malu kepada Allah swt.

No comments:

Post a Comment